Bantuan Awal Persekolahan Akan Disalurkan Bermula 10 Mac 2024 Sila Mohon Sekarang!

Berita baik kepada semua pelajar Bayaran Bantuan Awal Persekolahann (BAP) sebanyak RM150 kepada murid tahun 1 akan disalurkan bermula 10 Mac 2024.

Bagi pengetahuan semua bayaran untuk BAP akan mula disalur melalui sekolah dan akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun memaklumkan bahawa sebanyak RM788.13 juta mula diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus bagi BAP.

Ini adalah berikut yang dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan ini.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Disalurkan Bermula 10 Mac 2024

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Pada Tahun 2024

Bantuan BAP telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Walaubagaimanapun, bantuan ini diberikan kepada murid dari kalangan keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Pada Belanjawan 2023, bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan keluarga.

Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM150 bagi seorang murid secara ‘one-off’

Syarat-syarat Kelayakan Untuk Menerima Bantuan BAP

  1. Murid Warganegara Malaysia
  2. Murid tahun 1 hingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengan bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
  3. Murid yang bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney
    • Sekolah Rendah Sains MARA
    • Maktab Tentera Diraja

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Disalurkan Bermula 10 Mac 2024

Kaedah Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  1. Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah
  2. Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyak akaun KWK

Pengagihan BAP dibuat secara:

  1. Tunai
  2. Disalurkan terus ke akaun bank murid tersebut

Tarikh Untuk Pemberian Bantuan BAP 2024

  1. 11 Januari 2024 – Bagi murid sedia ada
  2. 10 Mac 2024 – Bagi murid Tahun 1 sesi 2024/2025

Leave a Comment