Bantuan e-Wallet RM300 Sila Mohon Sekarang!

Bantuan e-Wallet RM300 Sila Mohon Sekarang!

Terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang kini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membantu bagi rakyat Selangor yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini telah mula diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di semua peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah bantuan e-Wallet RM300.

Ini adalah berikut yang dikongsikan tentang maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet RM300 ini.

Dalam Belanjawan yang telah mula dibentangkan pada 26 November 2021, Kini Kerajaan Negeri Selangor telah mula memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

Bantuan ini telah diberikan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.

Namun, program ini telah meluaskan capaian dan telah menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor iaitu (KISS) dan juga Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

“Program BINGKAS akan mula diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan iaitu sebanyak RM108 juta bagi diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

Bantuan e-Wallet RM300 : Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan e-Wallet RM300

Ini adalah berikut syarat-syarat bagi kelayakan bantuan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  4. Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan

Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

Cara-cara Membuat Permohonan Bantuan e-Wallet RM300

Untuk mereka yang telah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan dengan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan yang berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

Maklumat Lanjut Bagi e-Wallet RM300

Sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut tentang mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/

 

 

Leave a Comment