Bantuan Kepada Warga Emas RM500 Sebulan Sila Mohon Sekarang!

Kerajaan mula mengambil langkah baik lagi untuk Bantuan kepada warga emas kini akan diteruskan pada tahun 2024 ini. Untukpengetahun anda semua, inisiatif kerajaan ini telah mula diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dalam komuniti tersebut.

Ini adalah berikut yang telah dikongsikan maklumat penuh mengenai inisiatif ini.

Bantuan Untuk Warga Emas 2024

Bantuan Warga Emas ini diberikan adalah bertujuan untuk membantu warga emas yang miskin tegar (telah memenuhi kriteria) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka.

Bantuan Kepada Warga Emas RM500 Sebulan Sila Mohon Sekarang!

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Warga Emas

Mereka yang ingin membuat permohonan haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmaran secara percuma
  5. Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

NOTA: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

Bantuan Kepada Warga Emas RM500 Sebulan Sila Mohon Sekarang!

Cara-cara Untuk Membuat Permohonan

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Dokumen Sokongan:

  1. Kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Penting: Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM yang berhampiran anda.

Leave a Comment