Berita Baik: Bantuan Perayaan Khas RM1000, Sila Semak Sekarang!

Berita baik, Kerajaan Perak telah mula mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat pertama kalinya mengumumkan bantuan sama kepada 995 ketua kampung di negeri Perak.

Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Saarani Mohamad telah berkata, selain kepada penjawat awam negeri dan ketua kampung, bantuan tersebut akan diberikan termasuk kepada guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta pekerja sambilan harian.

Berita Baik: Bantuan Perayaan Khas RM1000, Sila Semak Sekarang!

Bantuan Perayaan Turut Juga Diberikan Kepada Semua Ketua Kampung

Namun, buat julung kalinya juga, bantuan khas ini turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri,” katanya ketika berucap kira-kira 800 hadirin sempena Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar bersama penjawat awam negeri Perak di Laman Seri Ridzuan.

Datuk Seri Saarani berkata, BKK Raya itu telah membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM8.8 juta dan akan mula memanfaatkan 8,804 penerima.

Ia difahamkan, bantuan atau bonus yang diberikan itu akan dibayar sebelum Aidilfitri tiba.

Sebagai rekod, tahun lalu kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

sila layari feedme.com.my

SUMBER : hmetro

Leave a Comment