Berita Baik: Bonus Untuk Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan. Sila Semak!

Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Chow Kon Yeow, berkata BKKA itu telah diberikan sebagai tanda iaitu apresiasi dan juga penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam bagi Pulau Pinang yang merupakan nadi kepada penggerak kerajaan negeri tersebut.

Bonus Setengah Bulan Gaji Iaitu Minimum RM1,200 Dibayar 15 Mac Ini

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi berkata, BKKA itu akan dibayar pada 15 Mac ini yang dianggar membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.44 juta daripada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri meluluskan BKKA untuk tahun ini iaitu sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri sebagai penghargaan kepada mereka.

Bantuan Akan Diperluaskan Kepada PBT Dan Guru KAFA

“Dalam pada itu, BKKA ini turut diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing,”

Kon Yeow juga memaklumkan, serentak dengan itu juga, BKKA sebanyak RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Beliau juga berkata, bantuan khas itu juga akan dibayar kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

SUMBER: Berita Harian

Leave a Comment