Senarai Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Mengikut Bank

Untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana-rendah dalam menangani peningkatan kos sara hidup, Kerajaan telah menambah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20% kepada RM1.5 Bilion berbanding RM1.26 Bilion pada tahun lepas.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ia merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Senarai Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 2:

Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500

Bilangan Anak Jumlah STR 2024
0 Anak RM150
1 – 2 Anak RM300
3 – 4 Anak RM500
> 5 Anak RM650

Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Bilangan Anak Jumlah STR 2024
0 Anak RM100
1 -2 Anak RM200
3 – 4 Anak RM250
> 5 Anak RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun

Jumlah STR 2024 RM150

Bujang Berpendapatan < RM2,500 (Berumur 21 – 59 Tahun)

Jumlah STR 2024 RM100

Senarai Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah(STR) Fasa 2 Mengikut Bank

Senarai Bank Masa
BSN Selepas 6:00 Petang
CIMB Selepas 9:00 Malam
MAYBANK Selepas 10:00 Malam
BANK RAKYAT Selepas 8:00 Malam
RHB BANK Selepas 9:00 Malam
BANK ISLAM Selepas 9:00 Malam
AFFIN BANK Selepas 8:00 Malam
AGRO BANK Selepas 8:00 Malam
Senarai Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Mengikut Bank
JADUAL STR FASA 2

Tarikh Untuk Bayaran STR Fasa 2 Tahun 2024

  1. Pembayaran STR 2024 Fasa 2 akan dibayar secara berperingkat pada 3 April 2024
  2. Seperti biasa, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima awal sehari sebelum tarikh diumumkan.
  3. Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talian dan borang kertas)
  4. Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
  5. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Semakan status permohonan STR 2024 Fasa 2 boleh dibuat di Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment