Sila Membuat Pendaftaran PADU – Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Untuk semua yang belum tahu tentang Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan sebuah pangkalan data yang selamat dan komprehensif ke arah pendigitalan dan penghasilan analitik yang tepat.

Namun, PADU mengandungi profil individu dan isi rumah yang meliputi kepada semuga warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas. Maklumat profil ini akan sentiasa dikemaskini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Sistem Pangkalan Data Utama 

Bagi pengetahuan anda semua, PADU sebenarnya berlainan dengan ID Digital Nasional (IDN).

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) ini adalah pangkalan data yang mengandungi maklumat individu dan manakala IDN adalah pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian.

Sila Membuat Pendaftaran PADU - Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

 

Objektif Dan Matlamat

Ini adalah Berikut adalah objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama:

  1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
  2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
  3. Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Maklumat penubuhannya adalah untuk:

  1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  2. Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
  3. Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
  4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Kepentingan Daftar PADU

Dengan mendaftar dan membuat kemaskini dalam Sistem Pangkalan Data Utama, anda dapat memastikan yang anda tidak akan tercicir daripada menerima bantuan, subsidi bersasar atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh 3 bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 membolehkan kerajaan untuk memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan.

Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, adalah digalakkan untuk mendaftar dan membuat kemaskini bagi memastikan tiada berlakunya keciciran daripada mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan kelak.

Cara Untuk Membuat Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat di Portal Rasmi Sistem Pangkalan Data Utama iaitu https://padu.gov.my/

Ini adalah Berikut 3 langkah yang mudah untuk membuat pendaftaran PADU: (Sila Rujuk gambar di bawah)

Sila Membuat Pendaftaran PADU - Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Sila Membuat Pendaftaran PADU - Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Sila Membuat Pendaftaran PADU - Pendaftaran Dibuka Sehingga 31 Mac 2024

Tempoh Pendaftaran PADU

Pendaftaran dibuka bermula 3 Januari sehingga 31 Mac 2024.

Leave a Comment